Wednesday 28 December 2016

ABOUT UPSI AND AT33

~ ALL ABOUT UPSI ~


Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah Maktab Perguruan hinggalah menjadi sebuah Universiti Pendidikan. Perkembangan UPSI melalui tiga era iaitu,

        i) Sultan Idris Training College (SITC) - 29 November 1922 hingga 1957
        ii) Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) - 1957 hingga 1987
        iii) Institusi Perguruan Sultan Idris (IPSI) - 21 Februari 1987 hingga April 1997

Pada 1 Mei 1997 bermulalah lembaran baru sebagai sebuah universiti apabila diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

Pada awal penubuhannya, terdapat empat buah fakulti sahaja iaitu, 

i) Fakulti Bahasa
ii) Fakulti Sains Sosial dan Kesenian
iii) Fakulti Sains dan Teknologi
iv) Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Pada tahun 2002, dua buah fakulti baharu ditubuhkan iaitu,
i) Fakulti Perniagaan dan Ekonomi
ii) Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Penstrukturan semula Fakulti-fakulti UPSI telah dilaksanakan pada 1 Jun 2010 untuk meningkatkan daya saing universiti pada masa kini bagi merealisasikan visi dan misi untuk menjadi peneraju inovasi dan kreativiti, penyelidikan, pengkomersilan, reka cipta kreatif dan berimpak tinggi serta melahirkan tenaga manusia kreatif yang akan memajukan ekonomi Negara. Fakulti-fakulti baharu yang telah ditubuhkan adalah seperti berikut :-
1. Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK)
2. Fakulti Sains dan Matematik (FSMT)
3. Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)
4. Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK)
5. Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM)
6. Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP)
7. Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK)
8. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE)
9. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV)

VISI UNIVERSITI : 
          Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global

MISI UNIVERSITI : 
          Menjana dan menatar ilmu menerajui pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara

MOTO UNIVERSITI : 
             "KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN"


LATAR BELAKANG & ASAL USUL PENUBUHAN UPSI

Maktab Perguruan pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1913 di Taiping bawah nama Maktab Perguruan Matang. Maktab ini menggunakan rumah Ngah Ibrahim sebelum berpindah secara tetap ke Tanjung Malim. Dahulu, UPSI dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) sempena nama Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bnedahari Alang Iskandar yang memerintah negeri Perak pada 26 Julai 1887 hingga 14 Januari 1916. Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan R.O Winstedt untuk memusatkan maktab-maktab perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar. SITC telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada 29 November 1922.

SEJARAH PENUBUHAN BANGUNAN SULUH BUDIMAN (SITC)

Bangunan SITC mula dibina pada bulan Ogos 1919 dan siap sepenuhnya pada Jun 1922. Bangunan tersebut menjadi mercu tanda maktab terunggul di Tanah Melayu pada masa itu dan pembukaannya dirasmikan pada 29 November 1927 oleh W.G Maxwell, iaitu Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Upacara Perasmian ini merupakan suatu peristiwa yang amat bersejarah dan meriah.

PERUBAHAN & PEMBAHARUAN UPSI

Perubahan dan pembaharuan yang berlaku di UPSI boleh ditonjolkan melalui Majlis Pecah Tanah Kampus Sultan Azlan Shah yang telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sutan Azlan Muhibbuddin Shah pada 22 April 2002.

KESAN PENUBUHAN UPSI

Universiti ini telah melahirkan ramai tokoh seperti Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) iaitu bapa Bahasa Melayu Moden dan ramai tokoh penyair, cerpenis, dan novelis Melayu seperti Suhaimi Haji Mohammad, Kemala, dan A.Wahab Ali. Selain itu, SITC turut  melahirkan tokoh dalam bidang pendidikan seperti Tan Sri Awang Had Salleh, Abdul Hadi Hassan, dan Harun Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Harun Aminurrashid.



~ ABOUT AT33 SEMESTER 1 ~ 

Semua pelajar Semester 1 didaftarkan untuk subjek yang bakal dipelajari. Bagi kemasukan September 16/17, pelajar bakal mempelajari :

1. Pengantar Persekitaran Fizikal
2. Kajian Sumber Alam dan Alam Sekitar
3. Pengantar Persekitaran Manusia
4. Tekinik-Teknik dan Kaedah Kuantitatif dalam Geografi
5. Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
6. Pembangunan Sahsiah
7. Kokurikulum ( Pengurusan Kokurikulum)

Kursus tersebut merangkumi kursus major Geografi, kursus universiti, dan kursus kokurikulum.

HGF3013 PENGANTAR PERSEKITARAN FIZIKAL

Kursus ini membincangkan pendekatan sistem dalam persekitaran fizikal. Penekanan diberikan kepada proses dan bentuk dalam atmosfera, hidrosfera, litosfera, pedosfera, dan biosfera. Sepanjang pembelajaran kursus ini, terdapat dua tugasan iaitu tugasan individu dan tugasan berkumpulan. Bagi tugasan berkumpulan, pelajar dikehendaki melakukan kajian lapangan mengikut tajuk yang diberikan.

HGF3023 KAJIAN SUMBER ALAM DAN ALAM SEKITAR

Kursus ini membincangkan konsep sumber alam dan pengurusan alam sekitar. Bahagian pertama akan menghuraikan sumber alam dan hubungannya dengan ekonomi, budaya, dan ekosistem. Sumber-sumber alam yang disentuh merangkumi elemen tenaga, tanah, hutan, air, mineral, dan hidup-hidupan lain. Bahagian kedua membincangkan kesan pengeksploitasian sumber alam terhadap kualiti alam sekitar. Masalah alam sekitar yang berkait dengan proses pembangunan akan turut ditinjau. Sepanjang tempoh pembelajaran kursus ini, terdapat dua tugasan iaitu tugasan individu dan tugasan berkumpulan. Selain itu, para pelajar dibawa ke FRIM bertujuan mendedahkan pelajar mengenai jenis pokok dan tumbuhan yang terdapat dalam hutan.

HGM3013 PENGANTAR PERSEKITARAN MANUSIA

Kursus ini membincangkan unsur asas dalam kajian geografi manusia yang menjelaskan tindakan, pergerakan dan aktiviti manusia. Hubung kait antara manusia dan alam sekitar, penduduk dan ciri-ciri kependudukan, migrasi antarabangsa dan dalaman sesebuah negara, petempatan bandar dan desa, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, dan kesan pembangunan terhadap alam sekitar merupakan aspek penting yang dibincangkan. Sepanjang pembelajaran kursus ini, terdapat dua tugasan iaitu tugasan individu dan tugasan berkumpulan.

HGR3013 TEKNIK-TEKNIK DAN KAEDAH KUANTITATIF DALAM GEOGRAFI

Kursus ini membincangkan teori dan penggunaan kaedah kuantitatif serta teknik-teknik dalam bidang geografi. Penekanan diberikan dalam penggunaan statistik dalam pemprosesan data, interpretasi peta topografi dan kartografi. Sepanjang pembelajarn kursus ini, terdapat dua tugasan iaitu tugasan individu dan tugasan berkumpulan serta dua tugasan tambahan iaitu forum dan latihan mingguan.

MTE3012 KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Kursus ini membincangkan mengenai komponen, aplikasi, etika, dan keselamatan komputer, microsoft word, microsoft excel, microsoft powerpoint, intergrasi aplikasi automasi pejabat, carian maklumat, pengenalan kepada blog, media sosial, E-mel dan cloud storage serta penyuntingan gambar, audio, dan video. Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sistem komputer yang akan diaplikasi sewaktu memasuki alam pekerjaan.

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

Kursus ini membincangkan mengenai dasar, teori, dan sahsiah guru. Kursus ini melatih seseorang untuk mempunyai sahsiah diri yang unggul dan memberi pendedahan kepada bakal guru untuk menjadi guru kelak. Sepanjang pembelajaran terdapat tiga tugasan iaitu experiental program, outreach program, dan modul.

CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM

Kursus ini membincangkan mengenai kokurikulum di sekolah yang perlu diketahui oleh bakal guru. Kursus ini merupakan kursus wajib untuk pelajar yang mengikuti kursus pendidikan.



~ VIDEO SEPANJANG PERJALANAN SEMESTER 1 AT33 ~


10 comments:

  1. Assalamualaikum kak boleh saya bertanya?

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumusalam..ye.. ad ap..?

    ReplyDelete
  3. Dia bljr dlm bahasa melayu ke bi kak?

    ReplyDelete
  4. Belajar dlm bhsa apa ye

    ReplyDelete
  5. Assalam hi kak.. Pointer akak berapa masa mohon at33 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya drpd stpm mohon kos ni dngn pointer 3.42

      Delete
  6. Hai Assalamualaikum..saya juga telah memohon kos geografi di upsi untuk deg nnti.Boleh saya tahu berapa orang pelajar kebiasaannya diambil untuk kos ini n berapakah min pointer pelajar yg layak mendapat kos ini? Terima kasih ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikumusalam. Pengambilan x tentu..mcm batch saya 120.. Senior & junior lain pula..pointer saya x pasti sbb ad perubahan struktur..

    ReplyDelete
  8. Best No Deposit Bonus Codes in India - Herzamanindir.com
    5 steps1.Visit the official website of No Deposit India.
    Benefits bsjeon.net of using a no deposit bonus.
    Benefits of using a no deposit bonus.
    Benefits of using a no deposit ๋ฐ”์นด๋ผ bonus.
    Online Sincere Accessory https://access777.com/ domain kadangpintar www.online-bookmakers.info

    ReplyDelete