Monday 14 November 2016

Taman Rekreasi

Bukit Lagong

Lokasi

Taman Rimba Bukit Lagong terletak di kawasan Selayang dan mempunyai penempatan orang asli. Penempatan orang asli di Bukit Lagong terbahagi kepada dua iaitu satu bahagian di kawasan Selayang dan satu bahagian lagi di kawasan Rawang. Hutan Rimba Bukit Lagong diuruskan oleh FRIM dan Jabatan Perhutanan serta merupakan tanah rizab hutan. Aktiviti yang disediakan di Taman Rimba Bukit Lagong ialah permainan Paintball dan mempunyai air terjun. Taman Rekreasi kawasan tersebut sedang dinaiktaraf dan setelah projek siap hal tersebut akan diwar-warkan kepada orang awam melalui pihak media.



Taman Rekreasi Templer


Lokasi

Taman Rekreasi Templer terletak di kawasan Rawang. Taman Rekreasi tersebut dikunjungi oleh penduduk sekitar pada hujung minggu yang melakukan aktiviti seperti berkelah, mandi-manda dan meluangkan masa bersama keluarga sambil melihat keindahan alam semulajadi.


No comments:

Post a Comment